Loading...
OUR BLOG

3D Printing untuk Beginner

Bagi sesiapa yang ada background kejuruteraan, sudah pasti telah terbiasa dengan perisian atau software 3D Modelling. Tak kiralah apa jenis software yang digunakan, AutoCAD, Fusion360 mahupun Solidworks, tujuan utamanya untuk membina objek 3D.

Jadi, teknologi 3D printing ni boleh merealisasikan model 3D yang anda telah bina menggunakan software itu tadi. Tak kira berapa kompleksnya model 3D itu, berapa besar pun model 3D itu, dengan teknologi ini, anda mampu menghasilkan dari model 3D di komputer, ke model 3D dunia sebenar.

 

FDM 3D Printing

Dekat dunia ni, ada banyak jenis 3D Printer yang digunakan. Daripada level beginner, hingga ke level industri. Selain itu, ada juga pelbagai method yang digunakan untuk menghasilkan model 3D itu.

 

Fused Deposition Modeling atau FDM ialah salah satu jenis atau cara 3D model dihasilkan. Prosesnya agak mudah, iaitu filament thermoplastic akan dimasukkan kepada printer. Apabila nozzle 3D Printer tersebut telah mencapai suhu yang ditetapkan, filament tersebut akan masuk kepada extrusion head dan kedalam nozzle dimana filament tersebut cair.

 

Extrusion ini juga telah dipasang dengan sistem 3-axis, dimana akan digerakkan menggunkan motor. Jadi pergerakan motor ini akan bergantung kepada model 3D yang ingin dihasilkan.

 

3D Printer jenis FDM ataupun Material Extrusion ni amat popular kerana harganya yang lebih murah daripada model 3D Printer yang menggunakan cara yang berbeza. Malah ada juga yang boleh DIY 3D Printer sendiri menggunakan Arduino.

 

Perisian untuk 3D Printing

 

Software untuk 3D printing terbahagi kepada dua, 3D modeling software dan 3D Slicer software

 

3D Modeling Software





3D Modeling Software ini merupakan perisian dimana anda akan mereka atau design 3D anda. Pelbagai modeling software yang anda boleh gunakan seperti AutoCAD, SolidWorks, Fusion360 dan lain lain lagi.

 

Selain itu, anda juga boleh cuba untuk design model 3D anda di TinkerCAD. TinkerCAD antara platform yang berguna khususnya untuk beginner yang baru nak ceburi bidang 3D printing ini

 

 

 

3D Slicing Software



Proses slicing dalam konteks 3D Printing ialah membahagikan 3D model kepada ratusan atau ribuan lapisan dan ini berlaku dalam software slicer





Dalam perisian ini, object atau model 3D akan ditukar kepada format .gcode dimana format yang akan dibaca oleh 3D Printer. Sesetengah 3D Printer telah terbina perisian slicer didalamnya.

 

Antara software slicer yang popular ialah Ultimaker Cura. Anda boleh dapatkan secara percuma di laman web rasmi mereka

 

Apa boleh buat dengan 3D Printer?

 

Jadi, apa yang kita boleh buat dengan 3D Printer ni. Secara mudahnya, everything! Ya, boleh dikatakan anda boleh buat semua benda dengan 3D Printer ini. Model figura? Ya boleh. Casing untuk projek elektronik? Ya juga boleh.

 

Jadi jika anda berminat untuk mendapatkan servis 3D Printing jangan lupa hubungi kami untuk info lebih lanjut

 

 

Unsure Whether You Need Our Help?

Have you got an awesome new idea or project that you want to talk about? We're here to talk you through it. Flick us an email or give us a call to get started.