Hai korang!
Tutorial kalini saya akan tunjukkan macam mana nak guna 7 Segment display dengan Arduino. 7 Segment display ni adalah salah satu komponen elektronik yang boleh menghasilkan data dalam bentuk nombor bermula daripada nilai 0 sehingga 9. Dalam 7 segment display ni mempunyai diode pemancar cahaya yang dipanggil segment, ia bercahaya dengan menggunakan current elektrik. Daripada current tu ia boleh membuatkan sesetengah segment akan menyala “ON” dan sesetengahnya tidak menyala “OFF”. Dengan fungsi yang ada pada 7 segment display ni kita boleh paparkan nilai atau huruf yang kita mahukan dengan menulis code yang betul untuk setiap segment.
Sambungan Litar
Seperti yang anda lihat pada gambar litar diatas, 7 segment tersebut daripada pandangan hadapan mempunyai 10 kaki. Bermula dari pada kiri bawah, kaki 1 ke pin 6, kaki 2 ke pin 5, kaki 3 ke perintang 220 Ohm dan ke pin 5V. Kaki 4 sambung ke pin 4, dan pada bahagian atas bermula dari kanan adalah kaki 6 ke pin 2. Seterusnya kaki 7 sambung ke pin 3, kaki 8 ke perintang 220 Ohm dan ke pin 5V, kaki 9 ke pin 8 dan kaki 10 ke pin 9.
Sketch atau code
Anda boleh mulakan sketch atau code dengan menaip ataupun copy code yang saya berikan ini:
int a = 2; //For displaying segment "a" int b = 3; //For displaying segment "b" int c = 4; //For displaying segment "c" int d = 5; //For displaying segment "d" int e = 6; //For displaying segment "e" int f = 8; //For displaying segment "f" int g = 9; //For displaying segment "g"
void setup() { pinMode(a, OUTPUT); //A pinMode(b, OUTPUT); //B pinMode(c, OUTPUT); //C pinMode(d, OUTPUT); //D pinMode(e, OUTPUT); //E pinMode(f, OUTPUT); //F pinMode(g, OUTPUT); //G }
void displayDigit(int digit) { //Conditions for displaying segment a if(digit!=1 && digit != 4) digitalWrite(a,LOW);
//Conditions for displaying segment b if(digit != 5 && digit != 6) digitalWrite(b,LOW);
//Conditions for displaying segment c if(digit !=2) digitalWrite(c,LOW);
//Conditions for displaying segment d if(digit != 1 && digit !=4 && digit !=7) digitalWrite(d,LOW);
//Conditions for displaying segment e if(digit == 2 || digit ==6 || digit == 8 || digit==0) digitalWrite(e,LOW);
//Conditions for displaying segment f if(digit != 1 && digit !=2 && digit!=3 && digit !=7) digitalWrite(f,LOW);
if (digit!=0 && digit!=1 && digit !=7) digitalWrite(g,LOW); } void turnOff() { digitalWrite(a,HIGH); digitalWrite(b,HIGH); digitalWrite(c,HIGH); digitalWrite(d,HIGH); digitalWrite(e,HIGH); digitalWrite(f,HIGH); digitalWrite(g,HIGH); }
void loop() { for(int i=0;i<10;i++) { displayDigit(i); delay(1000); turnOff(); } } |
Jika anda suka dengan perkongsian tutorial dalam blog kami ni, jangan lupa untuk follow Facebook dan Instagram kami, kat situ ada bermacam info dan update terkini yang akan kami kongsikan kepada anda. Itu sahaja untuk tutorial kami. Stay update dan selamat mencuba!