Loading...
OUR BLOG

Bagaimana Rotary Encoder berfungsi dan menggunakannya dengan Arduino

Hi BDX-ian!

 

Dalam tutorial kali ini kita akan belajar macam mana rotary encoder ini berfungsi dan menggunakannya dengan Arduino.

 

Rotary encoder adalah komponen yang digunakan untuk menentukan angular position of a rotating shaft. Ia akan  menghasilkan signal elektrik sama ada dalam bentuk analog atau digital bergantung kepada rotational movement. Terddapat pelbagai jenis rotary encoder yang boleh dikategorikan kepada Output Signal atau Sensing Technology. Rotary encoder juga dikenali sebagai quadrature encoder atau relative encoder, manakala output yang terhasil adalah dalam bentuk satu siri square wave pulses.

 

Mesti ada di antara yang tertanta bagaimana square wave pulses terhasilkan kan? Pertama sekali, encoder mempunyai disk yang disambungkan ke common pin C dan dua pin A dan pin B. Apabila disk mula berpusing pin A dan pin B akan mula menyentuh common pin C dan dua signal square wave output akan terhasil. Salah satu daripada dua output boleh digunakan untuk menentukan rotated position melalui pulses of signal. Arah putaran pula boleh ditentukan dengan mengambil kira kedua-dua signal pada masa yang sama. 

 

 

 

 

 

Apabila encoder berpusing ikut arah jam (clockwise) output  A akan mendahului output B seperti gambar rajah di bawah. Sebaliknya jika encoder berpusing  counter clockwise  output signal B akan mendahului signal A. Berdasarkan output signal yang terhasil, ia dapat memudahkan kita untuk membaca kedudukan encoder dan arah putaran. 

 

 

 

 

                                  Clockwise                                                    Counter Clockwise

 

 

Antara pinout yang terdapat pada Rotary Encoder Module ialah :

 

 

 

 

 

 

CLK : Output A

DT : Output B (output pin boleh disambungkan ke digital pin yang terdapat pada Arduino Board)

SW : Push Switch Output (apabila switch ditekan, ia akan berada dalam keadaan LOW condition)

VCC: Power supply 5V

GND : Ground

 

 

 

Itu sahaja untuk tutorial kali ini. Jika anda terlepas blog minggu lepas, boleh klik di pautan ini untuk belajar tentang penggunaan 7 Color Flash LED dengan Arduino. Diharapkan dalam blog kali ini dapat membantu anda faham konsep bagaimana rotary encoder berfungsi. Jika anda suka dengan perkongsian tutorial dan topik dalam blog ini, jangan lupa untuk follow Facebook dan  Instagramkami untuk mendapatkan update dan info terkini yang akan kami kongsikan kepada anda semua.

 

Unsure Whether You Need Our Help?

Have you got an awesome new idea or project that you want to talk about? We're here to talk you through it. Flick us an email or give us a call to get started.