Loading...
OUR BLOG

Board IoT Popular Dikalangan Pelajar Universiti

Projek elektronik ataupun projek FYP semakin lama semakin canggih. Internet of Things ataupun IoT sudah menjadi keperluan asas untuk setiap projek pada masa kini sebagai persediaan pelajar untuk menghadapi Revolusi Industri 4.



Jadi untuk pelajar memilih board yang sesuai untuk digunakan dalam projek IoT sangat penting. Jom kita lihat senarai board yang popular dikalangan pelajar untuk membina projek khususnya projek FYP.

 

  1. ESP8266



    ESP8266 merupakan satu wifi module yang dikeluarkan pada tahun 2014. Jadi modul atau komponen ini boleh membuatkan development board seperti Arduino Uno/Mega dapatkan sambungan internet. Oleh kerana Arduino Uno antara board yang popular, kebanyakan pelajar memilih untuk menggunakan modul ini untuk menambah sambungan internet kepada projek mereka.


    Namun, sambungan modul ini kepada board Arduino memerlukan extra work, dimana kami lihat kebanyakan beginner menghadapi masalah untuk melakukan sambungan ke Arduino

     

  2. NodeMCU ESP8266


    NodeMCU juga merupakan salah satu board yang sering dipilih untuk membina projek elektronik. Kelebihan board ini berbanding menggunakan modul ESP8266 ialah kita tidak perlu lagi pening untuk membuat sambungan modul ESP8266 kepada board, kerana modul tersebut sudah built in dalam board ni.


    Jadi configuration dari segi litar untuk modul ESP8266 telah selesai. Hanya install library untuk board ini, dan anda boleh jalankan projek IoT anda.


    Tak tahu nak install library macam mana? Jom baca sini.

  3. Raspberry Pi



    Board Raspberry Pi ini berbeza sedikit seperti board Microcontroller yang lain. Raspberry Pi merupakan sebuah Single Board Computers (SBC) yang dikeluarkan khas untuk mempromosikan komputer sains di kalangan sekolah dan pelajar.


    Yang menariknya, Raspberry Pi mempunyai digital GPIO ports terbina di atas board tersebut. Ini membolehkan board ini untuk berkomunikasi dengan modul/komponen elektronik yang lain. Kebolehan Raspberry Pi untuk membuat sambungan ke internet dengan mudah juga merupakan satu kelebihan. Oleh kerana Raspberry Pi merupakan seperti komputer kecil, sambungan ke internet memang semudah ABC.


    Programming language yang popular digunakan bersama Raspberry Pi ialah Python.

  4. ESP32


    ESP32, abang kepada ESP8266 ini dikeluarkan pada tahun 2016 dengan spesifikasi yang dinaiktaraf daripada ESP8266. ESP32 juga didatangkan dengan variasi NodeMCU, juga sama seperti NodeMCU ESP8266.


    ESP32 juga mempunyai lebih banyak pin berbanding ESP8266. Ini bermakna anda boleh memasang lebih banyak komponen kedalam board ini. Selain itu, ESP32 juga menyokong sambungan Bluetooth. Jadi, jika projek anda berasaskan sambungan Bluetooth, anda boleh consider board ini untuk projek anda.

     

 

Jadi yang mana saya patut pilih?


Dalam banyak banyak list ni, mana patut anda pilih untuk projek? Pemilihan board untuk pembinaan projek ini bergantuk kepada requirement projek anda. Kita cuba elakkan masalah board tak support untuk sesetengah fungsi yang anda inginkan untuk projek anda. Pastikan projek flow bagaimana, baru boleh decide board mana yang sesuai untuk projek anda

 

Unsure Whether You Need Our Help?

Have you got an awesome new idea or project that you want to talk about? We're here to talk you through it. Flick us an email or give us a call to get started.