Loading...
OUR BLOG

Cara install board NodeMCU pada Arduino IDE

Projek yang melibatkan IoT sangat popular sekarang, khususnya dalam kalangan pelajar. Jadi pembinaan projek yang melibatkan IoT, memerlukan board yang boleh connect ke internet.

 

ESP8266/NodeMCU ataupun ESP32 merupakan salah satu board yang popular digunakan untuk membina projek IoT. Ia menjadi pilihan ramai kerana tidak perlu fikir untuk menambah wifi module/component kerana telah terbina didalamnya. Tapi untuk menggunakannya dalam software Arduino IDE, beberapa configuration harus dilakukan.

 

Langkah-langkah:

  1. Buka software Arduino IDE. Pilih File>Preferences

  2. Pada bahagian Additional Boards Manager URLs, letak link dibawah dan klik OK:

    https://dl.espressif.com/dl/package_esp32_index.json, http://arduino.esp8266.com/stable/package_esp8266com_index.json



  3. Pergi pada bahagian Tools>Board>Board Manager, search board ESP8266 dan ESP32. Klik install



  4. Setelah selesai, anda boleh pilih board ESP8266 atau ESP32 anda pada Tools>Board mengikut Board yang anda guna untuk projek anda.





  5. Selesai. Kini anda boleh upload code anda dalam board NodeMCU/ESP32.

 

 

Itu sahaja untuk tutorial NodeMCU/ESP32 kali ini. Jangan lupa untuk follow Facebook dan Instagram kami untuk mengetahui update terbaru daripada BDxTronix

Unsure Whether You Need Our Help?

Have you got an awesome new idea or project that you want to talk about? We're here to talk you through it. Flick us an email or give us a call to get started.