Projek yang melibatkan IoT sangat popular sekarang, khususnya dalam kalangan pelajar. Jadi pembinaan projek yang melibatkan IoT, memerlukan board yang boleh connect ke internet.
ESP8266/NodeMCU ataupun ESP32 merupakan salah satu board yang popular digunakan untuk membina projek IoT. Ia menjadi pilihan ramai kerana tidak perlu fikir untuk menambah wifi module/component kerana telah terbina didalamnya. Tapi untuk menggunakannya dalam software Arduino IDE, beberapa configuration harus dilakukan.
Langkah-langkah:
- Buka software Arduino IDE. Pilih File>Preferences
- Pada bahagian Additional Boards Manager URLs, letak link dibawah dan klik OK:
https://dl.espressif.com/dl/package_esp32_index.json, http://arduino.esp8266.com/stable/package_esp8266com_index.json - Pergi pada bahagian Tools>Board>Board Manager, search board ESP8266 dan ESP32. Klik install
- Setelah selesai, anda boleh pilih board ESP8266 atau ESP32 anda pada Tools>Board mengikut Board yang anda guna untuk projek anda.
- Selesai. Kini anda boleh upload code anda dalam board NodeMCU/ESP32.
Itu sahaja untuk tutorial NodeMCU/ESP32 kali ini. Jangan lupa untuk follow Facebook dan Instagram kami untuk mengetahui update terbaru daripada BDxTronix