Resistor merupakan salah satu komponen yang kerap digunakan dalam mencipta sesuatu projek. Resistor ini mempunyai pelbagai jenis tetapi, resistor yang biasa digunakan adalah carbon film resistor.
Di badan resistor mempunyai label berwarna yang menentukan nilai sesuatu resistor dan setiap warna mempunyai nilai yang berbeza. Terdapat beberapa cara mudah untuk kita ketahui nilai resistor mengikut warna. Antaranya dengan menghafal susunan warna menggunakan penukaran ayat yang mudah untuk kita mengingati nilai resistor.
Dengan menggantikan huruf pertama pada setiap warna menggunakan perkataan yang berlainan lebih mudah untuk kita mengingati susunan warna dan nilai warna tersebut. Cara mengira nilai resistor pula dengan melihat warna dari kiri ke kanan. Saya akan menunjukkan beberapa contoh untuk mengira nilai resistor:
Mudahkan untuk kita mengetahui nilai dan menghafal warna resistor. Hanya melihat pada warna sahaja kita dah boleh tahu berapa nilai resistor yang ingin kita gunakan untuk membuat sesuatu projek.