Hai korang!
Harini saya akan tunjukkan dekat anda bagaimana kita nak gunakan DHT11 ni dengan Arduino. DHT11 ni adalah sejenis sensor yang boleh mengesan suhu dan kelembapan pada kawasan persekitaran anda. Dalam tutorial yang akan saya tunjukkan ini, saya menggunakan Arduino UNO yang akan disambungkan pada DHT11. Pada serial monitor di Arduino IDE, output yang akan dipaparkan adalah nilai suhu dan kelembapan dari DHT11.
Sambungan Litar
Jika anda mempunyai jenis DHT11 sama seperti yang saya tunjukkan dalam video iaitu mempunyai 3 kaki, jadi cara sambungan litar adalah sama. Tapi, kalau DHT11 anda mempunyai 4 kaki, anda perlu mengikut cara sambungan litar yang saya berikan ini. Kaki kanan DHT11 sambung ke 5V, kaki kedua kanan ke resistor 1K Ohm dan ke pin A0 dan kaki kiri ke GROUND.
Arduino IDE
Dalam Arduino IDE, anda perlu install terlebih dahulu library DHT. Anda boleh pergi ke Sketch > Include Library > Manage Library dan taip DHT sensor dan senarai library DHT akan dipaparkan. Anda boleh install library DHT seperti yang saya tunjukkan dalam gambar:
Sketch atau code
Selesai install DHT library, anda boleh mulakan sketch atau code dengan menaip ataupun copy code yang saya berikan ini:
#include "DHT.h" //DHT library #define DHTPIN A0 //declare pin yang anda sambung pada Arduino #define DHTTYPE DHT11 //untuk bahagian DHT type ini, anda perlu declare DHT type apa yang anda gunakan
DHT dht(DHTPIN, DHTTYPE);
void setup() { Serial.begin(9600); Serial.println("DHT test!"); dht.begin(); } void loop() { delay(2000); float h = dht.readHumidity(); float t = dht.readTemperature(); if (isnan(h) || isnan(t)) { Serial.println("Failed to read from DHT sensor!"); return; } Serial.print("Humidity: "); Serial.print(h); Serial.print(" %\t"); Serial.print("Temperature: "); Serial.print(t); Serial.println(" *C "); } |
Jika anda suka dengan perkongsian tutorial dalam blog kami ni, jangan lupa untuk follow Facebook dan Instagram kami, kat situ ada bermacam info dan update terkini yang akan kami kongsikan kepada anda. Itu sahaja untuk tutorial kami. Stay update dan selamat mencuba!