Hai korang!
Tutorial kalini saya akan tunjukkan macam mana nak guna FLame sensor dengan Arduino. Flame detector adalah salah satu sensor yang dapat mengesan dan memberi tindak balas apabila terdapat nyalaan atau api. Flame sensor mempunyai 3 kaki OUTPUT, GND dan VCC. Flame sensor ni biasa digunakan untuk membuat projek seperti Robot Pemadam Kebakaran.
Sambungan Litar
Seperti yang dapat dilihat dalam gambar litar diatas, sambungkan kaki flame sensor G ke GND, + ke 5V dan D0 ke pin 10 Arduino. Untuk LED pula sambungkan kaki positif ke perintang 220 Ohm dan ke pin 7 Arduino, negatif ke GND. Sambungkan kaki positif buzzer ke pin 8 dan negatif ke GND.
Sketch atau Code
Anda boleh mulakan sketch atau code dengan menaip ataupun copy code yang saya berikan ini:
const int buzzerPin = 8; const int flamePin = 10; int Flame = HIGH; int redled = 7;
void setup() { pinMode(buzzerPin, OUTPUT); pinMode(redled, OUTPUT); pinMode(flamePin, INPUT); Serial.begin(9600); }
void loop() { Flame = digitalRead(flamePin); if (Flame== LOW) { Serial.println("ADA API!"); digitalWrite(buzzerPin, HIGH); digitalWrite(redled, HIGH); delay(500); } else { Serial.println("TIADA API."); digitalWrite(buzzerPin, LOW); digitalWrite(redled, LOW); delay(500); }
} |
Jika anda suka dengan perkongsian tutorial dalam blog kami ni, jangan lupa untuk follow Facebook dan Instagram kami, kat situ ada bermacam info dan update terkini yang akan kami kongsikan kepada anda. Itu sahaja untuk tutorial kami. Stay update dan selamat mencuba!