Hai korang!
Tutorial kalini saya akan tunjukkan macam mana nak guna Force sensor dengan Arduino. Force sensor atau sensor tekanan adalah salah satu sensor yang boleh mengesan tekanan menggunakan fizikal dan berat. Force sensor ni fungsi dia macam variable resistor yang mana ia menghasilkan rintangan apabila terdapat tekanan pada kawasan sensor. Kebiasaannya digunakan dalam penciptaan drum elektronik, mobile phone dan banyak lagi peranti elektronik yang lain.
Sambungan Litar
Macam yang anda lihat pada gambar litar yang saya berikan, force sensor mempunyai dua kaki. Dari pandangan hadapan, kaki kiri sambung ke pin A0 diantara perintang 10K dan ke GND. Kaki kanan sambung ke VCC pin 5V. Untuk LED kaki negatif sambung ke perintang 220 Ohm dan ke GND. Kaki positif sambung ke pin 11.
Sketch atau code
Anda boleh mulakan sketch atau code dengan menaip ataupun copy code yang saya berikan ini:
int fsrAnalogPin = A0; int LEDpin = 11; int fsrReading; int LEDbrightness;
void setup(void) { Serial.begin(9600); pinMode(LEDpin, OUTPUT); }
void loop(void) { fsrReading = analogRead(fsrAnalogPin);
LEDbrightness = map(fsrReading, 0, 1023, 0, 255);
analogWrite(LEDpin, LEDbrightness);
delay(100);
} |
Jika anda suka dengan perkongsian tutorial dalam blog kami ni, jangan lupa untuk follow Facebook dan Instagram kami, kat situ ada bermacam info dan update terkini yang akan kami kongsikan kepada anda. Itu sahaja untuk tutorial kami. Stay update dan selamat mencuba!