Loading...
OUR BLOG

Hantar data daripada NodeMCU ESP8266 pada email melalui aplikasi Blynk

Hai gais!

Tutorial ni saya akan tunjukkan dekat anda bagaimana kita nak hantar data yang kita dapat daripada NodeMCU ESP8266 tu dalam email kita melalui aplikasi Blynk. Jika ada diantara anda yang terlepas dengan tutorial menarik kami yang sebelum ni iaitu Notifikasi pada aplikasi Blynk hantar melalui NodeMCU ESP8266

 

Email. Dalam Blynk juga menyediakan widget email yang boleh menerima data yang dihantar daripada projek IoT kita sama seperti notifikasi. Jadi, mari saya tunjukkan pada anda bagaimana email widget Blynk ini berfungsi dalam menerima data daripada NodeMCU ESP8266.

 

Komponen yang anda perlukan adalah:

i. Sensor Cahaya

ii. NodeMCU ESP8266

iii. Breadboard

iv. Jumper

v. Perintang 10K

 

1. Sambungan Litar

Sambungan litar perlulah dibuat sebelum memulakan code. Anda boleh ikut cara sambungan litar yang saya berikan ini:

 

2. Create projek pada aplikasi Blynk anda

Jika anda dah sedia ada projek dalam Blynk anda, anda boleh gunakan semula projek dan Auth token yang sama. Tidak perlu untuk create projek lain.

Jika belum ada projek dalam Blynk, anda boleh rujuk tutorial kami sebelum ini Kawal LED dan PWM menggunakan NodeMCU ESP8266 melalui Blynk

 

3. Tambah widget dalam projek

Anda boleh slide ke kiri untuk keluarkan tab widget anda. Disitu anda boleh tekan pada widget “Email” dan Blynk akan menambah widget dalam app.

 

4. Setting "Email"

Setelah widget “Email” ditambah pada projek, anda tidak perlu setting apa-apa pada widget.

 

5. Memulakan code/sketch dalam Arduino

Anda boleh paste atau taip semula code yang saya berikan ini dalam Arduino IDE:

 

#define BLYNK_PRINT Serial

 

#include <ESP8266WiFi.h>

#include <BlynkSimpleEsp8266.h>

 

     char auth[] = "Auth Token";//Auth Token dalam email    

                     yang Blynk berikan

 

char ssid[] = "Nama Wifi Anda";

char pass[] = "Password Wifi Anda";

 

void setup()

{

  // Debug console

  Serial.begin(9600);

  pinMode(A0, INPUT);

  Blynk.begin(auth, ssid, pass);

}

 

void loop()

{

  Blynk.run(); 

 int nilaiCahaya = analogRead(A0);

  Serial.println(nilaiCahaya);

  delay(1000);

 

  if (nilaiCahaya < 20){

   Blynk.email("yourEmail@gmail.com", "Blynk project online", "tiada cahaya");

  }

 

     }

Perlu diingatkan, sebelum anda memuat naik code kedalam board, anda perlulah mengubah terlebih dahulu “AUTH TOKEN”, “NAMA WIFI” dan “PASSWORD WIFI” kepada sambungan wifi anda.

Anda boleh verify dahulu code anda untuk memastikan tiada kesalahan dalam code anda. Setelah code anda okay dan tiada error, anda boleh tekan butang upload untuk upload code anda kedalam NodeMCU ESP8266.

Bila connection anda sudah berjaya disambungkan pada Blynk seperti gambar diatas, anda boleh run projek pada aplikasi Blynk anda.

Tekan pada butang “Play” untuk run aplikasi tersebut seperti yang saya highlight pada gambar diatas.

 

Output yang anda akan dapat seperti ini:

 

Apabila sensor cahaya ditutup, data akan dihantar dalam email dengan subjek “Blynk project online” dan isi adalah “tiada cahaya”, kerana nilaiCahaya yang telah kita setkan dalam variable iaitu nilaiCahaya < 20. Apabila sensor cahaya mengesan cahaya, data tidak akan dihantar pada email kerana nilaiCahaya melebihi 20 yang telah kita tetapkan.

Tahniah anda dah berjaya mempelajari bagaimana nak menggunakan widget notifikasi dan email didalam Blynk. Kerana ini adalah salah satu komponen yang penting dalam membina projek IoT untuk menghantar dan menerima data.

 

Jika anda suka dengan perkongsian tutorial dalam blog kami ni, jangan lupa untuk follow Facebook dan Instagram kami, kat situ ada bermacam info dan update terkini yang akan kami kongsikan kepada anda. Itu sahaja untuk tutorial kami. Stay update dan selamat mencuba!

Unsure Whether You Need Our Help?

Have you got an awesome new idea or project that you want to talk about? We're here to talk you through it. Flick us an email or give us a call to get started.