Hi BDx-ian!
Dalam tutorial kali ini kita akan belajar macam mana nak kawal LED dan Sensor melalui Bluetooth dengan ESP32.
Fungsi sensor yang digunakan iaitu DHT11 di sini akan dapat mengesan suhu dan kelembapan udara di sekeliling. Dengan adanya sambungan ke telefon pintar melalui bluetooth, pengguna dapat menggunakan komponen button pada Kodular untuk mengawal LED dan output akan dipaparkan pada skrin telefon Android anda.
Peralatan yang diperlukan:
- NodeMCU ESP32S dan USB
- DHT11
- 3 LED Light
- 220 Ohm resistor
- Breadboard
- Jumper wire
- Software Arduino IDE
Litar:
DHT11 Sensor
- VCC → 3.3V Arduino
- Signal pin → Pin 23 Arduino
- GND → GND Arduino
LED 1
- Signal pin → Pin 13 Arduino
- GND → GND Arduino
LED 2
- Signal pin → Pin 14 Arduino
- GND → GND Arduino
LED 3
- Signal pin → Pin 15 Arduino
- GND → GND Arduino
Code:
Setelah selesai memasang komponen seperti gambar rajah di atas, anda boleh upload code yang disediakan seperti berikut ke dalam Arduino IDE anda.
Anda boleh mengakses coding di atas dari Github : https://github.com/bdxtronix-tutorial/esp32-kodular-bluetooth-led
Menggunakan Kodular sebagai medium pengantara untuk membuat aplikasi, ini adalah contoh untuk paparan dan code block yang perlu diatur terlebih dahulu.
Berikut merupakan code block untuk Kodular.
Seteleh selesai, sambungkan Kodular kepada telefon pintar anda menggunakan “Connect to companion”.
Output
Setelah menyambung dengan aplikasi Kodular Companion, ini adalah paparan yang dapat diperoleh. Anda dapat melihat nilai suhu pada bahagian sensor value dan terdapat 7 butang yg boleh ditekan untuk menghidupkan dan mematikan LED. Di bawah terdapat juga bahagian untuk menghubungkan dan mematikan sambungan kepada bluetooth yg tersedia di ESP32.
Ini pula merupakan output serial monitor untuk kita memantau keadaan LED semasa beroperasi atau setelah dimatikan supaya kita dapat mengenalpasti samada bluetooth tersebut menghantar data atau tidak.
Ini merupakan keadaan apabila 1 lampu LED yang dinyalakan iaitu LED kuning sahaja.
Ini pula merupakan keadaan apabila 2 lampu LED yang dinyalakan iaitu LED kuning dan LED hijau.
Jika anda suka dengan perkongsian tutorial dalam blog kami ni, jangan lupa untuk follow Facebook dan Instagram kami, kat situ ada bermacam info dan update terkini yang akan kami kongsikan kepada anda. Itu sahaja untuk tutorial kami. Stay update dan selamat mencuba!