Hai guys!
Untuk tutorial kalini, saya akan kongsikan dengan anda bagaimana kita nak kawal RGB LED menggunakan NodeMCU ESP8266 melalui Blynk. Okay tak tutorial kami yang sebelum ni? Mudah je kan? Jom kita teruskan dengan tutorial harini.
Anda tahu apa itu RGB LED? Saya akan jelaskan serba sedikit tentang RGB LED ni.
RGB LED adalah sejenis LED yang dapat memancarkan cahaya dalam 3 warna berbeza iaitu merah, hijau dan biru. RGB LED ni bukan sahaja memancarkan 3 warna tersebut, tetapi ia juga boleh mengeluarkan warna lain selain merah, hijau dan biru. Seperti yang kita ketahui, apabila 3 warna utama ini bergabung ia boleh menghasilkan pelbagai warna yang ada di dunia ini.
Komponen yang diperlukan untuk tutorial ini:
i. RGB LED
ii. NodeMCU ESP8266
iii. Breadboard
iv. Jumper
1. Sambungan Litar
Sambungan litar perlulah dibuat sebelum memulakan code. Anda boleh ikut cara sambungan litar yang saya berikan ini:
Seperti yang anda dapat lihat pada gambar diatas, kaki kiri RGB saya connect dengan D6, diikuti dengan GROUND, D7 dan D8.
2. Create projek pada aplikasi Blynk anda
Jika anda dah sedia ada projek dalam Blynk anda, anda boleh gunakan semula projek dan Auth token yang sama. Tidak perlu untuk create projek lain.
Jika belum ada projek dalam Blynk, anda boleh rujuk tutorial kami sebelum ini Kawal LED dan PWM menggunakan NodeMCU ESP8266 melalui Blynk
3. Tambah widget dalam projek
Anda boleh slide ke kiri untuk keluarkan tab widget anda. Disitu anda boleh tekan pada widget “zeRGBa” dan Blynk akan menambah widget dalam app.
Perlu diingatkan, bilangan widget yang digunakan dalam projek anda adalah bergantung kepada jumlah energy yang diberikan oleh Blynk. Seperti yang anda boleh lihat pada gambar bateri, 2000 adalah jumlah energy percuma yang diberikan. Energy ni, anda boleh claim semula apabila projek yang ada dalam aplikasi Blynk anda dipadam.
4. Setting “zeRGBa”
Setelah widget “zeRGBa” ditambah pada projek, anda boleh klik pada widget “zeRGBa” untuk mengubah setting widget tersebut.
Anda boleh Re-name terpulang pada anda nak letak nama apa. Pada bahagian OUTPUT, seperti yang anda lihat ada pin untuk R, G, B yang mana pin tersebut anda perlu pilih digital dan letakkan pin yang anda gunakan pada NodeMCU ESP8266.
Selesai setting “zeRGBa” dalam Blynk. Kita akan pergi pada bahagian code dalam Arduino IDE.
5. Memulakan code/sketch dalam Arduino IDE
Anda boleh paste atau taip semula code yang saya berikan ini dalam Arduino IDE:
#define BLYNK_PRINT Serial
#include <ESP8266WiFi.h> #include <BlynkSimpleEsp8266.h>
char auth[] = "Auth Token";//Auth Token dalam email yang Blynk berikan
char ssid[] = "Nama WiFi anda"; char pass[] = "Password WiFi anda";
void setup() { // Debug console Serial.begin(9600);
Blynk.begin(auth, ssid, pass); }
void loop() { Blynk.run();
} |
Perlu diingatkan, sebelum anda memuat naik code kedalam board, anda perlulah mengubah terlebih dahulu “AUTH TOKEN”, “NAMA WIFI” dan “PASSWORD WIFI” kepada sambungan wifi anda.
Anda boleh verify dahulu code anda untuk memastikan tiada kesalahan dalam code anda. Setelah code anda okay dan tiada error, anda boleh tekan butang upload untuk upload code anda kedalam NodeMCU ESP8266.
Bila connection anda sudah berjaya disambungkan pada Blynk seperti gambar diatas, anda boleh run projek pada aplikasi Blynk anda.
Tekan pada utang “Play” untuk run aplikasi tersebut seperti yang saya highlight pada gambar diatas.
Output yang anda akan dapat seperti ini:
Seperti yang anda lihat dalam video, bila anda drag bulatan pada warna yang anda nak dan lepaskan baru warna RGB akan bertukar. Bila anda set kan nilai PWM paling tinggi pada RGB, anda boleh lihat warna output pada LED yang dipancarkan sangat terang dan seakan-akan nak ke warna putih. Anda boleh cuba tukar nilai PWM pada RGB pin. Sebagai contoh, anda nak LED memancarkan warna merah sahaja, jadi anda boleh set kan nilai PWM paling tinggi pada pin merah dan tetapkan nilai 0 pada pin hijau dan biru. Anda akan nampak perbezaannya apabila anda menukar nilai PWM pada LED merah, biru ataupun hijau.
Macam mana? Menarikkan tutorial kalini sebab kita boleh kawal warna yang dipancarkan daripada LED. Anda boleh cuba tambah komponen lain untuk hasilkan satu simple projek yang lebih menarik.
Jika anda suka dengan perkongsian tutorial dalam blog kami ni, jangan lupa untuk follow Facebook dan Instagram kami, kat situ ada bermacam info dan update terkini yang akan kami kongsikan kepada anda. Itu sahaja untuk tutorial kami. Stay update dan selamat mencuba!