Hi BDx-ian!
Dalam tutorial kali ini kita akan belajar macam mana nak mengawal Servo Motor dengan menggunakan Ultrasonic Sensor.
Ultrasonic sensor adalah salah satu electronic device yang membolehkan untuk mengukur jarak sesuatu objek. Dengan memancarkan ultrasonic sound wave dan menukar sound yang diterima kepada signal elektrik. Dua komponen utama yang terdapat pada ultrasonic sensor adalah transmitter dan receiver. Transmitter berfungsi memancarkan bunyi menggunakan piezoelectric crystal dan receiver pula akan menerima bunyi yang dihantar semula pantulan daripada objek yang dikesan.

Komponen
- Ultrasonic Sensor
- Servo Motor
- Arduino Uno dan USB
- Breadboard
- Jumper wire
- Software Arduino IDE
Litar

Ultrasonic sensor
- VCC → 5V Arduino
- TRIG → pin 4 Arduino
- ECHO → pin 6 Arduino
- GND → GND Arduino
Servo Motor
- Signal pin → pin 11 Arduino
- VCC pin → 5V Arduino
- GND → GND Arduino
Code
Setelah selesai penyediaan litar dan komponen yang terlibat. Anda boleh upload code yang disediakan di bawah ke dalam Arduino IDE anda.
|
#include <Servo.h>
int servoPin = 11; int triggerPin = 4; int echoPin = 6;
Servo myservo;
void setup() { Serial.begin (9600); pinMode (triggerPin, OUTPUT); pinMode (echoPin, INPUT); myservo.attach (servoPin); }
void loop() { float distance = readUltrasonicDistance(); Serial.println(distance); distance = constrain (distance, 0, 15); int angle = map (distance, 0, 15, 0, 180); myservo.write (angle); }
long readUltrasonicDistance() { pinMode (triggerPin, OUTPUT); digitalWrite (triggerPin, LOW); delayMicroseconds(2); digitalWrite (triggerPin, HIGH); delayMicroseconds(10); digitalWrite (triggerPin, LOW); pinMode (echoPin, INPUT); float cm = 0.01723 * pulseIn(echoPin, HIGH); return cm; } |
Output

Output apabila objek menghampiri Ultrasonic Sensor, sudut Servo Motor dan jarak pada Serial Monitor berubah.

Output apabila objek berada paling jauh dari Ultrasonic Sensor, sudut Servo Motor dan jarak pada Serial Monitor berubah.
.png)
Output Serial Monitor
Itu sahaja untuk tutorial kali ini. Jika anda terlepas blog pada minggu lepas, anda boleh klik di pautan ini. Diharapkan dalam blog kali ini dapat membantu anda faham macam mana servo motor dan ultrasonic sensor ini berfungsi. Jika anda suka dengan perkongsian tutorial dan topik dalam blog ini, jangan lupa untuk follow Facebook dan Instagram kami untuk mendapatkan update dan info terkini yang akan kami kongsikan kepada anda semua. Selamat mencuba!