Loading...
OUR BLOG

Library GPIO dengan Create with Code

GPIO dikenali sebagai General Purpose Input Output, yang mana pada board yang ada GPIO pin ni dia ada 2-3 fungsi pada setiap pin. Pin tersebut boleh jadi samada Digital Input, Digital Output, Analog Input, PWM Output atau komunikasi serial. GPIO pin tiada fungsi yang spesifik, sebab itu pada 1 pin GPIO boleh ada banyak fungsi.

Sebelum kita teruskan dengan gpiozero library ni, saya akan terangkan sedikit berkaitan Raspberry Pi dan GPIO pin yang ada pada Raspberry Pi ni. Seperti yang kita tahu, Raspberry Pi adalah single board computer yang mempunyai fungsi seperti sebuah komputer dan bersaiz lebih kecil dan compact. Terdapat pelbagai jenis Raspberry Pi antaranya Raspberry Pi Zero, Raspberry Pi 3 Model B dan sebagainya. 

Jadi, mana-mana Raspberry Pi yang anda gunakan mempunyai GPIO pin yang sama, cuma setiap pemilihan Raspberry Pi tu mempunyai spesifikasinya yang tersendiri. Anda boleh rujuk gambar GPIO pin yang saya tunjukkan ini, dimana setiap Raspberry Pi mempunyai pin 5V, 3V3, GND dan berapa banyak GPIO pin tu bergantung pada jenis dan model Raspberry Pi yang anda gunakan.

Untuk Library GPIO ni, kita perlu declare bila kita nak gunakan GPIO pin pada Raspberry Pi, kita kena import dahulu library GPIO dalam code kita. Library GPIO yang digunakan adalah library gpiozero, kita declare untuk import fungsi komponen dalam library pada code dan upload pada hardware. Programming Language untuk kita code Raspberry Pi ni menggunakan Python, yang mana programming language yang digunakan dalam Python lebih mudah untuk difahami oleh beginners berbanding dengan language programming C/C++. Dalam Python perlu declare dan import terlebih dahulu library atau fungsi yang ingin kita gunakan. Sebagai contoh, import library gpiozero dan fungsi yang ingin kita gunakan daripada library gpiozero iaitu LED contohnya. Untuk import library dan fungsi yang kita gunakan, kita perlulah declare ia pada permulaan script.

Sebagai contoh, anda ingin menggunakan button dalam code Python anda perlu import daripada library gpiozero terlebih dahulu untuk kita gunakan button.

Contoh:

From gpiozero import Button //disini kita perlu declare dahulu library dan diikuti dengan komponen (interface) yang ingin kita gunakan daripada gpiozero iaitu Button. 

Selain daripada itu, anda juga boleh terus import seluruh gpiozero library kedalam script anda tanpa perlu declare setiap satu komponen yang ingin di import daripada library gpiozero. 

 

Contoh:

Import gpiozero

button = gpiozero.Button(2) //anda import seluruh library gpiozero dan declare variable. Diikuti library gpiozero dan komponen (interface) yang anda gunakan beserta GPIO pin. 

 

Untuk yang mengikuti perkembangan posting kami sebelum ini, saya ada kongsikan pada anda tentang cara menggunakan website Create with Code. Website Create with Code ni kita boleh run simulation untuk projek Raspberry Pi tanpa perlu menggunakan hardware sebenar. Ia juga boleh run simulation untuk code Python. Saya akan tunjukkan satu contoh projek mudah menggunakan website Create with Code dan bagaimana library gpiozero digunakan. 

 

LED Blink

from gpiozero import LED

from time import sleep

 

led = LED(8)

 

while True:

led.on()

sleep(1)

led.off()

sleep(1)

 

 

Contoh LED blink yang saya tunjukkan ini, LED di import daripada library gpiozero. Kemudian import sleep dari library time yang mana sleep ni kita akan gunakan sebagai delay untuk LED tu blink On dan Off. Saya declare variable led pada GPIO pin 8. Dalam while True, LED akan blink On dan Off berulang kali tanpa henti, dan saya setkan LED akan delay selama 1 saat untuk blink semula.

Anda boleh klik pada link yang saya berikan ini gpiozero library untuk contoh penggunaan lain library gpiozero pada Raspberry Pi.

Jika anda suka dengan perkongsian tutorial dalam blog kami ni, jangan lupa untuk follow Facebook dan Instagram kami, kat situ ada bermacam info dan update terkini yang akan kami kongsikan kepada anda. Itu sahaja untuk tutorial kami. Stay update dan selamat mencuba!

 

Unsure Whether You Need Our Help?

Have you got an awesome new idea or project that you want to talk about? We're here to talk you through it. Flick us an email or give us a call to get started.