Berjumpa lagi untuk tutorial kita pada kali ini, tentang bagaimana nak baca analog sensor PULL data pada NodeMCU ESP8266 melalui Blynk. Tutorial kami yang sebelum ini menggunakan Blynk untuk kawal LED dan PWM, anda dah nampak kan bagaimana Blynk ni berfungsi dan sangat mudah untuk digunakan.
Jadi, untuk tutorial PULL ini, kita akan paparkan data daripada analog sensor dalam Blynk. PULL data berfungsi untuk menarik atau meminta data daripada NodeMCU ESP8266 dan paparkan dalam Blynk apabila Aplikasi dibuka pada smartphone. Jom kita ikuti tutorial ini bagaimana nak baca analog sensor pada NodeMCU ESP8266 melalui Blynk.
Komponen yang diperlukan dalam tutorial ini adalah:
i. NodeMCU ESP8266
ii. Potentiometer (Perintang boleh laras)
iii. Breadboard
iv. Jumper
v. Aplikasi Blynk
Tutorial ini mudah dan senang untuk anda ikuti. Mari saya tunjukkan langkah-langkah yang perlu anda ikut:
1. Sambungan Litar
Sambungan litar perlulah dibuat sebelum memulakan code. Anda boleh ikut cara sambungan litar yang saya berikan ini:
Dalam gambar diatas adalah cara pandangan dari depan Potentiometer, yang mana kaki kiri ke GROUND, tengah ke signal (ANALOG PIN) dan kanan ke 3V. (Rujuk tutorial Kawal LED menggunakan Potentiometer dengan NodeMCU ESP8266 untuk cara pandangan belakang)
2. Create projek pada Aplikasi Blynk
Seperti yang telah saya tunjukkan dalam tutorial Kawal LED dan PWM menggunakan NodeMCU ESP8266 melalui Blynk , cara create projek dalam Blynk sama sahaja dengan menekan butang “+”. Set kan nama projek yang anda inginkan, CHOOSE DEVICE pilih NodeMCU dan CONNECTION TYPE pilih WiFi, kemudian tekan Create Project.
3. Tambah widget dalam projek
Anda boleh slide ke kiri untuk keluarkan tab widget anda. Disitu anda boleh tekan pada widget “Value Display” dan Blynk akan menambah widget tersebut dalam dalam app.
p/s: Bilangan widget yang digunakan dalam projek anda adalah bergantung kepada jumlah energy yang diberikan oleh Blynk. Seperti yang anda boleh lihat pada gambar bateri, 2000 adalah jumlah energy percuma yang diberikan. Energy ni, anda boleh claim semula apabila projek yang ada dalam aplikasi Blynk anda dipadam.
4. Setting “Value Display”
Anda boleh namakan widget kepada PULL, pada bahagian input pilih Virtual dan pilih V5, untuk REFRESH INTERVAL boleh pilih 2 saat yang mana setiap 2 saat blynk akan baca sensor daripada NodeMCU ESP8266.
Selesai setting “Value Display” dalam Blynk. Seterusnya kita akan pergi pada bahagian code dalam Arduino IDE pula.
5. Sambungkan NodeMCU ESP8266 pada USB komputer
6. Memulakan sketch/code dalam Arduino IDE
Perlu diingatkan, anda mesti install library Blynk terlebih dahulu di dalam Arduino IDE anda. Anda boleh rujuk tutorial saya yang sebelum ini iaitu Kawal LED dan PWM menggunakan NodeMCU ESP8266 melalui Blynk . Di dalam tutorial ini saya ada tunjuk bagaimana nak install Library Blynk.
Anda boleh paste atau taip semula code yang saya berikan ini dalam Arduino IDE anda:
#define BLYNK_PRINT Serial #include <ESP8266WiFi.h> #include <BlynkSimpleEsp8266.h> int valData = 0; char auth[] = "Auth Token";//Auth Token dalam email yang Blynk berikan char ssid[] = "Nama WiFi anda"; char pass[] = "Password WiFi anda"; BLYNK_READ(V5)//virtual pin yang telah kita set dalam Blynk { valData = analogRead(A0); //baca sensor analog pada NodeMCU Blynk.virtualWrite(V5, valData); //send data ke Blynk } void setup() {
Serial.begin(9600); Blynk.begin(auth, ssid, pass); } void loop() { Blynk.run(); }
|
Pastikan anda dah pilih board dan port COM yang betul sebelum upload code anda.
Perlu diingatkan, sebelum anda memuat naik code kedalam board, anda perlulah mengubah terlebih dahulu “AUTH TOKEN”, “NAMA WIFI” dan “PASSWORD WIFI” kepada sambungan wifi yang anda gunakan. Anda boleh check email anda untuk mendapatkan Auth Token tersebut.
Anda boleh verify dahulu code untuk memastikan tiada kesalahan dalam code anda. Setelah code anda okay dan tiada error, anda boleh tekan butang upload untuk upload code anda kedalam NodeMCU ESP8266.
Bila connection anda sudah berjaya disambungkan pada Blynk seperti gambar diatas, anda boleh run projek pada aplikasi Blynk anda.
Tekan pada butang “Play” untuk run aplikasi tersebut seperti yang saya highlight pada gambar diatas.
Output yang anda akan dapat seperti ini:
Seperti yang ditunjukkan dalam video, anda boleh nampak apabila knob potentiometer dipusingkan. Setiap 2 saat Blynk akan Tarik data daripada NodeMCU ESP8266 tidak kira selaju mana anda memusingkan knob potentiometer tersebut cukup 2 saat data yang Blynk dapat akan dipaparkan. Anda boleh cuba ubah REFRESH INTERVAL kepada 5 saat atau lebih untuk lihat perbezaannya. Kini anda sudah berjaya mendapatkan bacaan sensor daripada potentiometer dan display dalam Blynk.
Jika anda suka dengan perkongsian tutorial dalam blog kami ni, jangan lupa untuk follow Facebook dan Instagram kami, kat situ ada bermacam info dan update terkini yang akan kami kongsikan kepada anda. Itu sahaja untuk tutorial kami. Stay update dan selamat mencuba!