Loading...
OUR BLOG

Mengesan Vibration Menggunakan KY 002 Shock Sensor Module

Hi BDX-ian! 

Untuk blog kali ini kita akan belajar bagaimana untuk mengesan vibration dengan menggunakan KY 002 Shock Sensor Module. Shock Sensor Module mempunyai fungsi yang sama seperti Vibration Sensor Switch. Apabila peranti bergegar, Shock Sensor akan menyediakan isyarat untuk mencetuskan fungsi seperti bunyi penggera atau ON/OFF peranti sebagai auto awake function.

 

Seterusnya, apabila KY 002 Shock Sensor Module ini digerakkan, spring mechanism akan menghasilkan closed circuit dengan menghantar short high signal. Ia juga boleh digunakan untuk pelbagai  microcontroller  seperti Arduino, ESP32, Raspberry Pi dan banyak lagi. Module ini juga terdiri daripada  10KΩ resistor dan 3 pin male header. Mengentuk atau menggoncang modul akan menyebabkan spring menutup litar seketika.

 

 

Peralatan yang diperlukan 

 

Litar 

 

 

 

Code 

int LED = 7; 

int Shock_sensor = 3; 

int vibrate; 

void setup () {

  pinMode (LED, OUTPUT);   

  pinMode (Shock_sensor, INPUT); // input dari sensor

void loop () {

  vibrate = digitalRead (Shock_sensor); 

  if (vibrate == HIGH ) {

    // apabila sensor kesan vibration, LED flashes

    digitalWrite(LED, LOW);

  } else {

    digitalWrite (LED, HIGH);

  }

}

 

 

Output

LED akan berkelip apabila sensor menerima  input daripada ketukkan atau goncangan menyebabkan sensor dalam keadaan HIGH dan LOW dalam satu masa apabila menerima input.

 

Itu sahaja untuk tutorial kali ini. Jika anda terlepas blog pada minggu lepas, boleh klik di Kawal LED Menggunakan Blynk 2.0 Mobile Apps. Diharapkan selepas melengkapkan projek ini, anda akan lebih memahami cara menggunakan Shock Sensor Module dan boleh terus membuat projek anda sendiri!. Jika anda suka dengan perkongsian tutorial dan topik dalam blog ini, jangan lupa untuk follow Facebook dan Instagram kami untuk mendapatkan update dan info terkini yang akan kami kongsikan kepada anda semua. Selamat mencuba!.

 

 

 

 

 

Unsure Whether You Need Our Help?

Have you got an awesome new idea or project that you want to talk about? We're here to talk you through it. Flick us an email or give us a call to get started.