Loading...
OUR BLOG

Mengukur Kadar Kelembapan Tanah Menggunakan Sensor Kelembapan Tanah

Hi BDX-ian!

Objektif blog kali ini kita akan mencuba untuk mengukur kadar kelembapan tanah. Bagaimana nak ukur kadar kelembapan tanah?. Senang sahaja, kita hanya memerlukan sensor yang diberi nama soil Moisture sensor atau dikenali sebaga sensor Kelembapan Tanah.

 

Untuk pengetahuan semua sensor kelembapan tanah ini menghasilkan output voltage berdasarkan rintangan yang terhasil dan dapat menentukan kadar kelembapan tanah. Rintangan ini adalah inversely proportional dengan kelembapan tanah, lebih banyak air di dalam tanah bermakna proses konduksi yang lebih baik dan akan menghasilkan rintangan yang lebih rendah. Dalam projek ini diwakili oleh peratus yang rendah.

 

Jom! terlebih dahulu kita lihat pin yang terdapat pada sensor ini seperti dalam gambar di bawah. Sensor kelembapan tanah ini mengandungi probe berbentuk garpu dengan dua konduktor yang dimasukkan ke dalam tanah atau tempat kandungan air yang ingin diukur. Probe itu juga bertindak sebagai perintang boleh ubah yang rintangannya berbeza bergantung kepada kelembapan tanah. 

 

Gambar 1 : Sensor kelembapan tanah

1.0 Peralatan yang Diperlukan

 

2.0 Penyambungan Litar

Gambar 2: Litar penyambungan komponen

  1. Komponen disambungkan seperti gambar litar di atas.
  2. Sambungkan pin A0, GND, VCC daripada sensor ke pin A0, GND dan pin 5V Arduino.
  3. Kemudian sambungkan terminal negatif (katod) LED ke GND.
  4. Perintang 220Ω dsambungkan ke terminal positif (anod) LED dan disambungkan terus ke pin 13 Arduino.
  5. Setelah selesai penyediaan litar, kod program dimuat naik dengan menggunakan Arduino IDE.
  6. Akhir sekali, masukkan probe ke dalam tanah dan rujuk serial monitor untuk dapatkan data.

 

3.0 Kod Program

Setelah selesai penyediaan litar dan komponen yang terlibat. Anda boleh mencuba memuat naik kod di bawah ke dalam Arduino IDE anda.

 

int analogValue;

int soilHumid;

void setup()

{

  Serial.begin(9600);

  pinMode(13, OUTPUT); // Positif terminal LED ke pin D13 sebagai input

}

void loop()

{

  analogValue = analogRead(A0);  //mengambil bacaan analog

  soilHumid = map(analogValue,0,1023,0,100); //menukar bacaan 10-bit ke peratusan

  Serial.print("Kelembapan Tanah: ");

  Serial.print(soilHumid);

  Serial.print("%");                 //memaparkan kelembapan tanah dalam unit %

  Serial.println(" ");

  delay(2000);

  if (soilHumid<50){

   digitalWrite(13,LOW);

   Serial.println("tanah lembab..");  // output yang akan dipaparkan di serial monitor

   Serial.println(" ");

  }

  else

  {

   digitalWrite(13,HIGH);                       //LED dalam menyala

   Serial.println("tanah kering..");   // output yang akan dipaparkan di serial monitor

Serial.println(" ");

}

}

 

 

4.0 Output

Dalam projek ini, LED digunakan sebagai indikator kelembapan tanah. Sekiranya LED menyala menunjukkan tanah di kawasan tersebut adalah kering dan sekiranya LED tidak menyala menunjukkan bahawa tanah berada dalam keadaan lembab. Selain daripada itu, dapat dilihat juga daripada peratusan yang dipaparkan oleh serial monitor, semakin rendah peratusan kelembapan, semakin tinggi kadar kelembapan di kawasan tersebut.

 

a. Tanah dalam keadaan kering

Gambar 3 : LED menyala (HIGH)

 

Gambar 4: bacaan pada serial monitor  (Peratus tinggi)

 

b.  Tanah dalam keadaan lembab

Gambar 5 : LED tidak menyala (LOW)

 

Gambar 6 : bacaan pada Serial Monitor (Peratus rendah)

 

 Itu sahaja untuk blog hari ini. Diharapkan anda dapat belajar dan aplikasikan projek kali ini ke masa akan datang. Jikan anda suka dengan perkongsian tutorial dalam blog ini, jangan lupa untuk follow Facebook dan  Instagram kami. Di situ terdapat pelbagai info dan update terkini yang akan kami kongsikan kepada anda semua. Sampai berjumpa lagi dalam blog yang akan datang. Stay update dan selamat mencuba!.

Unsure Whether You Need Our Help?

Have you got an awesome new idea or project that you want to talk about? We're here to talk you through it. Flick us an email or give us a call to get started.