Loading...
OUR BLOG

Sensor IR dengan Arduino

Hai korang!

Tutorial kalini saya akan tunjukkan macam mana nak guna IR sensor dengan Arduino. Infrared (IR) sensor adalah device elektronik yang boleh mengukur jarak objek dan mengesan tindak balas radiasi infrared pada kawasan sekeliling. IR sensor ni biasanya digunakan dalam sistem pengesan halangan yang bertindak sebagai sensor jarak dekat. Sensor IR ini mempunyai 2 LED iaitu pemancar dan penerima. LED yang berwarna putih akan memancarkan cahaya IR terus kehadapan. Cahaya IR ini mudah untuk mengesan objek yang berkilat atau berwarna putih. Untuk LED yang berwarna hitam pula adalah penerima, yang mana ia menerima semula tindak balas daripada LED putih. Jarak maximum yang boleh dibaca oleh IR sensor ini adalah 10 cm.

 

Sambungan Litar

Dalam design litar yang saya tunjukkan kat atas ni, anda boleh lihat pada sensor IR mempunyai label OUT, GND dan VCC. Sambungkan kaki OUT pada sensor IR ke pin 2, GND ke GND dan VCC ke pin 5V pada Arduino. Untuk LED, sambungkan kaki negatif ke GND dan kaki positif ke pin 13 pada Arduino.

 

Sketch atau code

 

Anda boleh mulakan sketch atau code dengan menaip ataupun copy code yang saya berikan ini:

int IRSensor = 2; // sambungkan sensor IR pada pin 2 Arduino

int LED = 13; // sambungkan LED pada pin 13 Arduino

 

void setup() 

{

  Serial.begin(9600);

  pinMode (IRSensor, INPUT); // sensor pin INPUT

  pinMode (LED, OUTPUT); // Led pin OUTPUT

}

 

void loop()

{

  int statusSensor = digitalRead (IRSensor);

  

  if (statusSensor == 1) //jika sensor IR tidak mengesan sebarang objek pada sekeliling, display empty dan led tidak menyala.

  {

    Serial.println("Tiada Objek Dikesan");

    digitalWrite(LED, LOW); // LED LOW

  }

  

  else  //jika sensor IR mengesan objek pada sekeliling, display ada objek dan led menyala.

  {

    Serial.println("Ada Objek Dihadapan");

    digitalWrite(LED, HIGH); // LED HIGH

  }

 

}

 

Jika anda suka dengan perkongsian tutorial dalam blog kami ni, jangan lupa untuk follow Facebook dan Instagram kami, kat situ ada bermacam info dan update terkini yang akan kami kongsikan kepada anda. Itu sahaja untuk tutorial kami. Stay update dan selamat mencuba!

Unsure Whether You Need Our Help?

Have you got an awesome new idea or project that you want to talk about? We're here to talk you through it. Flick us an email or give us a call to get started.