Hai korang!
Tutorial kalini saya akan tunjukkan macam mana nak guna PIR sensor dengan Arduino. PIR adalah sensor Passive Infrared yang data mengesan pergerakan infrared yang terpancar daripada tubuh manusia. Jadi, sensor ini boleh mengesan pergerakan berdasarkan perubahan cahaya infrared pada kawasan sekeliling. Sensor boleh mengesan jika tubuh manusia itu lalu atau keluar dari range sensor tersebut. Sensor ini biasa digunakan dalam mencipta sistem keselamatan, sistem pencahayaan pintar dan sebagainya. Sensor PIR mempunyai 3 pin iaitu VCC, pin digital OUTPUT dan pin GND.
Sambungan Litar
Macam yang anda boleh lihat dalam gambar yang saya berikan. Sambungan litar untuk pin pada Sensor PIR dari kiri sambung ke pin VCC (5V), tengah ke pin digital IO (pin 2) dan kanan ke GND. Sambungkan kaki LED negatif ke GND dan positive ke pin 13.
Sketch atau code
Anda boleh mulakan sketch atau code dengan menaip ataupun copy code yang saya berikan ini:
int led = 13; int sensor = 2; int state = LOW; // default, tiada pergerakan int val = 0;
void setup() { pinMode(led, OUTPUT); pinMode(sensor, INPUT); Serial.begin(9600); }
void loop(){ val = digitalRead(sensor);
if (val == HIGH) { digitalWrite(led, HIGH); delay(100);
if (state == LOW) { //LED ON Serial.println("Motion detected!"); state = HIGH; // update variable state to HIGH } } else { digitalWrite(led, LOW); // LED off delay(200);
if (state == HIGH){ Serial.println("Motion stopped!"); state = LOW; // update variable state to LOW } }
} |
Jika anda suka dengan perkongsian tutorial dalam blog kami ni, jangan lupa untuk follow Facebook dan Instagram kami, kat situ ada bermacam info dan update terkini yang akan kami kongsikan kepada anda. Itu sahaja untuk tutorial kami. Stay update dan selamat mencuba!