Hai korang!
Tutorial kalini saya akan tunjukkan bagaimana nak gunakan Stepper Motor dengan Arduino. Stepper Motor adalah sejenis synchronous motor yang mana ia boleh membuat pusingan step penuh berdasarkan nilai steps yang di letakkan dalam code. Stepper motor akan bergerak satu step dalam satu masa berdasarkan nilai steps yang di setkan dalam code. Stepper motor 28-BYJ48 ni digunakan dengan stepper motor module iaitu ULN2003.
Sambungan Litar
Dekat stepper motor module ade 4 IN pin iaitu IN1sambung ke pin 11, IN2 ke pin 10, IN3 ke pin 9 dan IN4 ke pin 8 pada Arduino. Sambungkan GND module ke pin GND dan VCC module ke pin V5 pada Arduino. Jika stepper motor yang korang gunakan sama mcam yang saya tunjukkan dalam video, pastikan stepper motor tu korang dah sambungkan pada pin yang disediakan pada module stepper motor ni.
Sketch atau code
Anda boleh mulakan sketch atau code dengan menaip ataupun copy code yang saya berikan ini:
#include <Stepper.h>
double stepsPerRevolution = 2048;
Stepper myStepper(stepsPerRevolution, 8, 10, 9, 11);
void setup() { myStepper.setSpeed(10); Serial.begin(9600); } void loop() { Serial.println("clockwise"); myStepper.step(stepsPerRevolution); delay(500);
Serial.println("anti-clockwise"); myStepper.step(-stepsPerRevolution); delay(500);
} |
Jika anda suka dengan perkongsian tutorial dalam blog kami ni, jangan lupa untuk follow Facebook dan Instagram kami, kat situ ada bermacam info dan update terkini yang akan kami kongsikan kepada anda. Itu sahaja untuk tutorial kami. Stay update dan selamat mencuba!