Hai Korang!
Tutorial kalini saya akan tunjukkan bagaimana nak gunakan touch sensor atau sensor sentuhan dengan Arduino. Touch sensor adalah sejenis sensor yang sensitive terhadap sentuhan, tekanan atau kekuatan. Touch sensor ni banyak digunakan dalam mencipta elektronik device seperti mobile phones, alat kawalan jauh, panel kawalan dan sebagainya. Touch sensor ni boleh menggantikan fungsi button atau switch kerana ia mempunyai fungsi yang sama. Touch sensor ni lebih mudah untuk digunakan dan hanya perlu disentuh untuk ia berfungsi.
Sambungan Litar
Seperti yang dapat anda lihat pada gambar yang saya tunjukkan, touch sensor mempunyai 3 pin. Pada setiap pin mempunyai label iaitu SIG, VCC dan GND. Sambungkan pin SIG pada pin 11, VCC ke pin 5V dan GND ke pin GND pada Arduino. Sambungkan kaki positif LED pada pin 13 dan kaki negatif ke GND.
Sketch atau code
Anda boleh mulakan sketch atau code dengan menaip ataupun copy code yang saya berikan ini:
#define TouchSensPin 2 int ledPin = 13;
void setup() { Serial.begin(9600); pinMode(ledPin, OUTPUT); pinMode(TouchSensPin, INPUT); } void loop() { int TouchValue = digitalRead(TouchSensPin); if (TouchValue == HIGH) { digitalWrite(ledPin, HIGH); Serial.println("SENTUH"); } else{ digitalWrite(ledPin,LOW); Serial.println("TIADA SENTUHAN"); } delay(500); } |
Jika anda suka dengan perkongsian tutorial dalam blog kami ni, jangan lupa untuk follow Facebook dan Instagram kami, kat situ ada bermacam info dan update terkini yang akan kami kongsikan kepada anda. Itu sahaja untuk tutorial kami. Stay update dan selamat mencuba!