Loading...
OUR BLOG

Tripwire Alert System Menggunakan Laser Transmitter Module dan Arduino

Hi BDX-ian!

Untuk blog kali ini kita kan belajar bagaimana untuk bina Tripwire Alert System. Sudah pasti anda pernah melihat grid laser beam yang melindungi barang berharga seperti dalam movie. Laser beam mungkin kelihatan berteknologi tinggi tetapi prinsip di sebaliknya adalah mudah. Dalam blog ini, anda akan membiasakan diri dengan Laser Transmitter Module dan menggunakannya dengan Arduino untuk mencipta Tripwire Alert System yang mudah. sistem ini akan memberitahu anda jika ada intruder yang cuba melepasi laser beam yang terhasil daripada Laser Transmitter Module ini.

 

Laser Transmitter Module ini  juga boleh digunakan sebagai penunjuk laser. Ia memancarkan pancaran laser merah berbentuk titik. Modul ini juga compatible dengan Arduino, Raspberry PI, ESP32 dan microcontroller popular yang lain. Module ini juga terdiri daripada 650nm red laser diode head, perintang dan 3 male pins. Anda hendaklah kendalikan projek ini dengan berhati-hati, jangan halakan laser beam terus ke mata.

 

 

Peralatan yang diperlukan

 

Litar

 

  1. Sambungkan litar seperti di atas.
  2. Positif terminal buzzer disambungkan ke pin 5 dan negatif terminal ke GND Arduino.
  3. Pin pertama photoresistor disambungkan ke GND Arduino. Kemudian, pin ke dua photoresistor disambungkan ke perintang 220Ohm terus ke Analog pin(A0) dan kaki resistor satu lagi disambungkan ke 5V.
  4. Manakal pin S Laser Transmitter Module disambungkan ke 5V Arduino dan pin (-) negatif disambungkan ke GND Arduino.
  5. Akhir sekali muat naik code ke dalam Arduino IDE.

 

litar yang telah siap dipasang.

Code

Setelah selesai penyediaan litar dan komponen yang terlibat. Anda boleh upload code yang disediakan di bawah ke dalam Arduino IDE anda.

 

 

int ldr = 0;             //analog pin to which LDR is connected

int ldr_value = 0; //variable to store LDR values

const int buzzer = 5;

 

void setup() {

  Serial.begin(9600); //start the serial monitor

}

 

void loop() {

  ldr_value = analogRead(ldr); //reads the LDR values

  Serial.println(ldr_value); //prints the LDR values to serial monitor

  delay(100); //wait

 

  if (ldr_value > 900) {

    tone(buzzer, 1000);

    delay(1000); // 1 seconds of beeping to tell you the trip wire has been broken

  } else {

    noTone(buzzer);

  }

 

}

 

Output

Buzzer akan berbunyi apabila terdapat halangan di antara laser dan LDR

Tiada halangan di antara laser dan LDR ( buzzer tidak berbunyi).

 

Terdapat halangan  ( buzzer berbunyi).

 

Itu sahaja untuk tutorial kali ini. Jika anda terlepas blog pada minggu lepas, boleh click di pautan ini Kawal LED Menggunakan Blynk 2.0 Dashboard . Dharapkan selepas melengkapkan projek ini, anda akan lebih memahami cara menggunakan Laser Transmitter Module dan boleh terus membuat projek anda sendiri!. Jika anda suka dengan perkongsian tutorial dan topik dalam blog ini, jangan lupa untuk follow Facebook dan Instagram kami untuk mendapatkan update dan info terkini yang akan kami kogsikan kepada anda semua. Selamat mencuba!.

 

Unsure Whether You Need Our Help?

Have you got an awesome new idea or project that you want to talk about? We're here to talk you through it. Flick us an email or give us a call to get started.