Loading...
OUR BLOG

Tutorial install Node-RED

Hi BDx-ian!

 

Tutorial kali ini kita akan belajar cara nak install Node-RED pada Windows. Bagi mereka yang belum pernah menggunakan Node-RED, jom baca dan cuba tutorial ini. 

 

Apa itu Node-RED?

Node-RED adalah open source tool yang digunakan untuk membina aplikasi Internet of Things (IoT) . Apa yang menariknya, Node-Red merupakan sebuah editor yang run pada web browser dan membolehkan pengaturcaraan dilakukan secara visual dengan menyambungkan “Node” dengan wayar virtual untuk membentuk satu “Flow”.

 

Node-RED boleh digunakan untuk pelbagai aplikasi antaranya boleh digunakan sebagai interface untuk projek IoT anda. Apabila anda mengakses UI pada Node-RED, widget seperti chart, switch dipaparkan pada dashboard Node-RED. Anda juga boleh mengakses UI pada mana-mana device dalam rangkaian(network) anda. Node-RED juga boleh membolehkan penyambungan MQTT ke peranti lain seperti Arduino, ESP8266 dan ESP32. Selain itu, Node-RED membolehkan komunikasi di antara servis third-party seperti Blynk, Adafruit.io, ThingSpeak. 

 

Install Node-RED pada Windows.

 

1. Install Node.js

Pergi ke Node.js dan download installer LTS yang terbaru mengikut versi pc/laptop anda. Kemudian, klik Next. 

 

 

Setelah selesai baca dan faham terma, tandakan pada kotak dan tekan Next seperti paparan berikut. 

 

 

Setkan Node.js ke dalam folder pc/laptop anda dan tekan Next.

 

 

Tandakan pada kotak untuk dan tekan Next seperti paparan berikut. 

 

 

Tekan Install untuk mula installation. 

 

 

Selepas selesai tunggu installation, tekan Finish.

 

 

Kemudian satu skrin seperti berikut akan muncul dan tekan mana-mana kekunci untuk ke langkah seterusnya. 

 

 

Satu lagi skrin akan muncul dan tunggu installation tools software selesai. Ia akan mengambil masa berdasarkan kelajuan internet anda.

 

 

Selepas installation berjaya, buka command prompt. Tekan WIN + R, taip cmd dan tekan Enter untuk run command prompt dalam windows.

 

 

Kemudian, taip node -v dan tekan Enter untuk lihat versi Node.js.

 

 

Kemudian, taip npm install npm --global dan tekan Enter untuk install npm. Ia akan mengambil masa berdasarkan kelajuan internet anda.

 

 

2. Install Node-RED.

Buka command prompt. Tekan WIN + R, taip cmd dan tekan Enter untuk run command prompt dalam windows. Taip npm install -g --unsafe-perm node-red dan tekan Enter.

 

 

Kemudian, taip node-red dan tekan Enter untuk run Node-RED. 

 

 

3. Akses Node-RED 

Anda boleh mengakses Node-RED dari mana-mana web browser dengan copy dan paste URL IP address anda ke browser. Anda juga boleh mengakses Node-RED dengan melayari http://localhost:1880 ke browser. 

 

 

Setelah berjaya mengakses, anda boleh membina Node-RED anda. 

 

  

 

Demonstrasi.

Setelah berjaya membuat installation, jom kita cuba membina satu Flow mudah untuk memahami cara nak guna Node-RED. Dalam projek ini, mesej akan membuat paparan pada debug console apabila trigger.

 

1. Click dan Drag inject node dan debug node ke dalam kanvas Flow anda, kemudian, sambungkan kedua-dua inject.

 

2. Edit node anda dengan double-click pada node.

 

 

3. Tukar msg.payload pada inject node kepada string dan taip Hello. Tekan Done

 

 

 

4. Tekan Deploy untuk save.

 

 

5. Buka debug window dan tekan inject node "Hello" untuk memulakan Flow.

 

 

6. Mesej pada paparan debug window

 

 

Jika anda suka dengan perkongsian tutorial dalam blog kami ni, jangan lupa untuk follow Facebook dan Instagram kami, kat situ ada bermacam info dan update terkini yang akan kami kongsikan kepada anda. Itu sahaja untuk tutorial kami. Stay update dan selamat mencuba!

 

 

 

 

 

 

 

 

Unsure Whether You Need Our Help?

Have you got an awesome new idea or project that you want to talk about? We're here to talk you through it. Flick us an email or give us a call to get started.