Tutorial Setup Digital Ocean
Bagi tutorial kali ini, kita akan menggunakan Digital Ocean iaitu sebuah Cloud Service Provider yang kita akan gunakan kali ini.
1. Mulakan dengan menekan Create > Droplets dan paparan seperti di bawah akan muncul. Kemudian pilih Singapore di bahagian Choose Region untuk mendapatkan kawasan cloud terdekat dengan anda.
2. Setelah selesai Choose Region, scroll ke bawah dan anda akan melihat paparan ini. Di bahagian Choose An Image, pilih Ubuntu dan untuk Choose Size, pilih Basic kerana projek ini kita tidak perlu kebolehan CPU yang lebih untuk projek berskala kecil ini.
3. Untuk CPU Options pula, pilih Regular dan harga termurah iaitu 4 USD sebulan. Ambil perhatian yang size CPU ini mengikut keperluan projek anda dan jika selepas ini anda melakukan projek berskala besar, mungkin anda memerlukan pakej harga yang berbeza.
4. Kemudian, pilih Password sebagai method Authentication anda.
5. Berikan nama pada projek anda di bahagian Hostname dan tekan Create Droplet setelah selesai.
6. Ini adalah paparan bagi Droplet anda yang telah siap di cipta. Klik link berwarna biru pada bahagian droplet anda sebagai contoh di sini adalah ubuntu-s-1vcpu-1gb-sgp1-01.
7. Paparan ini akan muncul dan tekan Access kemudian di bahagian Droplet Console, tekan Launch Droplet Console.
8. Paparan console ini akan muncul setelah anda menekan Launch Droplet Console.
9. Kemudian isikan log in credential anda dan password anda.