Loading...
OUR BLOG

Flash ESP8266-01 dengan Menggunakan Arduino

Hi

 

Untuk blog kali ini kita akan belajar cara untuk flash firmware ESP8266-01 dengan Arduino.ESP8266-01 adalah WiFi modul yang membolehkan microcontroller untuk akses WiFi network. Modul ini ialah SOC( System On a Chip) serba lengkap yang tidak memerlukan microcontroller untuk mengendalikan input dan output. Ini menjadikan ESP8266 serba boleh, dan ia boleh menjimatkan ruang dalam projek anda.

 

Sebelum kita start jom kita kenal dulu pinout yang terdapat pada modul ini.

 

Peralatan yang diperlukan

 

Litar

 

 

Langkah-langkah

Notes: diingatkan supaya VCC pin ESP hendaklah disambungkan ke 3.3V untuk mengelakkan kerosakkan kepada board ESP8266-01

 

  1. Lengkapkan penyambungan litar.
  2. Buka Arduino IDE Examples BasicBareMinimum Upload ke dalam Arduino (sebelum upload, check port di Tools dan cabut dahulu pin Tx dan Rx) 
  3. Buka ESP8266 flasherBin (cari folder yang menyimpan file AT firmware.bin anda) → Device Manager( untuk check COM port)→ klik Download dan tunggu sehinga selesai erasing flash

        Notes: Anda boleh klik ESP-8266-01-FLASHER  untuk download ESP8266 Flasher dan AT Firmware.bin.

 

 

                                                                 tunggu sehingga erasing flash selesai    

    4. Buka Arduino IDE semula → Serial Monitor → tuliskan AT (send) → "OK" (Flash anda telah berjaya)

    5. Untuk check jenis firmware: 

         Tuliskan AT+GMR (send)

 

Dah siap!

 

Itu sahaja untuk tutorial kali ini. Jika anda terlepas blog pada minggu lepas, boleh click di pautan mengawal DC motor dengan mennggunakkan 1 channel relay module. Diharapkan anda dapat belajar dan aplikasikan projek kali ini ke masa yang akan datang. Jika anda suka dengan perkongsian tutorial dan topik dalam blog ini, jangan lupa untuk follow Facebook dan Instagram kami untuk mendapatkan update dan info terkini yang akan kami kongsikan kepada anda semua. Selamat mencuba.

 

Unsure Whether You Need Our Help?

Have you got an awesome new idea or project that you want to talk about? We're here to talk you through it. Flick us an email or give us a call to get started.