Loading...
OUR BLOG

Mengawal DC Motor Menggunakan 1 Channel Relay Module dan Arduino

Hi BDX-ian!

 

Untuk perkongsian blog kali ini kita akan belajar bagaimana mengawal DC Motor dengan menggunakan 1 Channel Relay Module dan Arduino. Relay ialah peranti yang beroperasi secara elektromagnetik untuk menukarkan condition OFF ke ON. Ia mempunyai sistem kawalan yang sering digunakan dalam litar kawalan automatik. Relay juga digunakan untuk melindungi sistem elektrik dan untuk mengurangkan kerosakan pada peralatan yang disambungkan dalam sistem disebabkan oleh voltage/current yang berlebihan. Terdapat pelbagai jenis Relay Module dalam pasaran antaranya adalah 1 Channel Relay Module, 2 Channel Relay Module, 4 Channel Relay Module, 8 Channel Relay Module, 16 Channel Relay Module dan 32 Channel Relay Module.

 

Sebelum kita teruskan dengan penyambungan litar, jom kita tengok dahulu komponen yang terdapat pada 1 Channel Relay ModulePada bahagian input relay terdapat 3 pin header untuk menyambungkan power 5V (VCC), 0V (GND), dan untuk mengawal relay (IN pin). Manakala bahagian output terminal relay ialah COM, NO dan NC. Ia juga dilengkapi dengan LED untuk menunjukkan status relay (ON/OFF). Contoh aplikasi yang menggunakan relay adalah telekomunikasi, Motor drives control, automotif, peralatan rumah, lighting control system dan banyak lagi. 

 

 

Hardware

 

Litar

Set up Relay Module untuk menghidupkan DC Motor.

 

 

 

Sambungan litar yang telah siap dipasang.

 

 

Code

Setelah selesai penyediaan litar dan komponen yanng terlibat. Anda boleh upload code yang disediakan di bawah ke dalam Arduino IDE anda. Dalam code ini relay akan menjadi active low apabila pin dalam LOW condition dan inactive jika HIGH condition.

 

void setup() {

  // put your setup code here, to run once:

  

Serial.begin(9600);

pinMode(7,OUTPUT);              // setkan Relay Pin sebagai output

}


void loop() {

  // put your main code here, to run repeatedly:


digitalWrite(7,HIGH); // Relay pin dalam HIGH condition

Serial.println("Relay OFF");        //Relay OFF, DC motor tidak berfungsi

delay(3000);                               // Motor berhenti berpusing untuk 3 saat

digitalWrite(7,LOW); //Relay pin dalam LOW condition

Serial.println("Relay ON");         // Relay ON, DC motor berfungsi

delay(3000);

}

 

 

Output 

Untuk projek kali ini, DC Motor akan OFF/inactive dalam keadaan rehat dan akan berpusing apabila relay diaktifkan.

Relay dalam keadaaan OFF, DC Motor tidak berfungsi.

 

Relay dalam keadaan ON, DC Motor berfungsi.

 

Itu sahaja untuk tutorial kami kali ini. Jika anda terlepas topik blog pada minggu lepas boleh click di pautan ini mengawal LED dengan tepukkan menggunakan sound detection sensor. Diharapkan anda dapat belajar dan aplikasikan projek kali ini ke masa yang akan datang. Jika anda suka dengan perkongsian tutorial dan topik dalam blog ini, jangan lupa untuk follow Facebook dan Instagram kami untuk mendapatkan update dan info terkini yang akan kami kongsikan kepada anda semua. Sampai berjumpa lagi. Selamat mencuba!. 

 

Unsure Whether You Need Our Help?

Have you got an awesome new idea or project that you want to talk about? We're here to talk you through it. Flick us an email or give us a call to get started.