Loading...
OUR BLOG

Mengawal LED Dengan Tepukkan Menggunakan Sound Detection Sensor

Hi BDX-ian!

Dalam blog kali ini kita akan mencuba untuk mengawal LED dengan tepukkan menggunakan sound detection sensor. Jom! kita berkenalan dulu ddengan sensor ini. Sound detection sensor dikenali sebagai modul yang mengesan gelombang bunyi dan menukarkan gelombang bunyi ke signal elektrik. Modul ini juga sesuai digunakan dalam Sistem Keselamatan dan Pemantauan, Sistem Automasi Rumah (Home Automation System) seperti menyalakan rumah anda dengan mengesan wisel/tepuk, pengecaman bunyi ambien dan pengecaman tahap bunyi.

 

Tahap kepekaan modul ini juga boleh diubahsuai mengikut kesesuaian penggunaan. Apabila sensor mengesan bunyi, ia akan memproses output signal voltage yang akan dihantar ke mikrokontroler untuk melakukan tugas-tugas khas. Bunyi dikesan melalui mikrofon dan dimasukkan ke dalam LM 393 Op Amp. Manakala, titik set (set point) aras bunyi boleh dilaraskan melalui potensiometer pada board modul. Apabila paras bunyi melebihi titik set, LED pada modul akan dinyalakan dan output ditetapkan rendah. 

 

Hardware

 

 

Sambungan Litar

Sambungan litar

 

  1. Sambungkan litar seperti gambar di atas
  2. Terminal negatif LED ke GND dann positif ke pin 4 Arduino.
  3. Seterusnya sambungkan pin out Sound Detection Sensor ke pin 6 Arduino. Manakala VCC dan GND sensor ke 5V dan GND Arduino.
  4. Akhir sekali, muat naik code programming.

Komponen hardware yang telah siap dipasang.

 

 

Code Programming

Setelah selesai penyediaan litar dan komponen yang terlibat. Anda boleh Upload code  yang disediakan di bawah ke dalam Arduino IDE anda.

 


int soundSensor=6;                             //Declare pin soundsensor

int LED=4;                                           // Declare pin LED

boolean LEDStatus=false;                 //LED dalam condition FALSE atau LOW


void setup() {

 pinMode(soundSensor,INPUT);

 pinMode(LED,OUTPUT);

 Serial.begin(9600); 


}


void loop() {


  int SensorData=digitalRead(soundSensor); 

  if(SensorData==LOW){

    if(LEDStatus==false){

        LEDStatus=true;

        digitalWrite(LED,HIGH);

        Serial.println("LED menyala..");

        Serial.println();

        delay(100);

    }

    else{

        LEDStatus=false;

        digitalWrite(LED,LOW);

        Serial.println("LED tidak menyala..");

        delay(100);

    }

  }

 } 

 

 

 

Output

LED menyala apabila sensor mengesan tepukkan dan sebaliknya.

 

Output dari serial monitor

 

Itu sahaja untuk blog kami kali ini. Jika anda terlepas topik blog pada minggu lepas, boleh klik mengukur kadar kelembapan tanah menggunakan sensor kelembapan tanah. Diharapkan anda dapat belajar dan aplikasikan projek kali ini ke masa yang akan datang. Jika anda suka ddengan perkongsian tutorial dalam blog ini, jangan lupa untuk follow Facebook dan Instagram kami. Di situ terdapat pelbagai info dan update terkini yang akan kami kongsikan kepada anda semua. Sampai berjumpa lagi. Stay update dan selamat mencuba!.

Unsure Whether You Need Our Help?

Have you got an awesome new idea or project that you want to talk about? We're here to talk you through it. Flick us an email or give us a call to get started.