Loading...
OUR BLOG

Paparkan data dari NodeMCU ESP8266 pada LCD dalam Blynk

Hai gais!

 

Kalau sebelum ni saya dah tunjukkan pada anda bagaimana nak terima notifikasi dan email pada Blynk. Jika ada diantara anda yang terlepas dengan tutorial saya yang sebelum ni, boleh klik kat sini Hantar data daripada NodeMCU ESP8266 pada email melalui aplikasi Blynk

 

Jadi kalini, saya akan kongsikan pada anda bagaimana nak paparkan data yang kita dapat dari NodeMCU ESP8266 pada LCD dalam Blynk. Kalau anda pernah guna komponen LCD ni sama je macam yang akan kita gunakan dalam widget Blynk. Untuk tutorial ni, saya akan paparkan data apabila LED menyala dan tidak menyala. Jom kita mulakan tutorial ni.

Komponen yang anda perlukan:

i. LED

ii. NodeMCU ESP8266

iii. Breadboard

iv. Jumper

v. Perintang 220 Ohm

 

1. Sambungan Litar

Sambungan litar perlulah dibuat sebelum memulakan code. Anda boleh ikut cara sambungan litar yang saya berikan ini:

p/s: Pastikan Ground kaki komponen disambungkan pada NodeMCU ESP8266.

 

2. Create projek pada aplikasi Blynk anda

Jika anda dah sedia ada projek dalam Blynk anda, anda boleh gunakan semula projek dan Auth token yang sama. Tidak perlu untuk create projek lain.

Jika belum ada projek dalam Blynk, anda boleh rujuk tutorial kami sebelum ini Kawal LED dan PWM menggunakan NodeMCU ESP8266 melalui Blynk

 

3. Tambah widget dalam projek

Anda boleh slide ke kiri untuk keluarkan tab widget anda. Disitu anda boleh tekan pada widget “LCD” dan Blynk akan menambah widget dalam app.

4. Setting "LCD"

Setelah widget LCD” ditambah pada projek, anda perlu slide pada “advanced” dan tetapkan virtual pin pada V1. Anda boleh gunakan mana-mana virtual pin yang ada, tetapi jangan lupa untuk declare virtual pin yang sama anda gunakan dalam code nanti. 

Selesai menambah widget dan ubah setting, kita boleh teruskan pada code.

 

5. Memulakan code/sketch dalam Arduino

Anda boleh paste atau taip semula code yang saya berikan ini dalam Arduino IDE:

 

#define BLYNK_PRINT Serial

#include <SPI.h>

#include <ESP8266WiFi.h>

#include <BlynkSimpleEsp8266.h>

 

    char auth[] = "Auth Token";

char ssid[] = "Nama Wifi Anda";

char pass[] = "Password Wifi Anda";

 

WidgetLCD lcd(V1);

int ledPin = D1;

 

void setup()

{

Serial.begin(9600);

pinMode(ledPin, OUTPUT);

Blynk.begin(auth, ssid, pass);

}

 

void loop()

{

lcd.print(4, 0, "Hello World");

 

digitalWrite(ledPin, HIGH);

lcd.print(4, 1, "LED ON");

delay(2000);

 

digitalWrite(ledPin, LOW);

lcd.print(4, 1, "LED OFF");

delay(2000);

 

lcd.clear();

Blynk.run();

}

Perlu diingatkan, sebelum anda memuat naik code kedalam board, anda perlulah mengubah terlebih dahulu “AUTH TOKEN”, “NAMA WIFI” dan “PASSWORD WIFI” kepada sambungan wifi anda.

Anda boleh verify dahulu code anda untuk memastikan tiada kesalahan dalam code anda. Setelah code anda okay dan tiada error, anda boleh tekan butang upload untuk upload code anda kedalam NodeMCU ESP8266.

Bila connection anda sudah berjaya disambungkan pada Blynk seperti gambar diatas, anda boleh run projek pada aplikasi Blynk anda.

Tekan pada butang “Play” untuk run aplikasi tersebut seperti yang saya highlight pada gambar diatas.

Output yang anda akan dapat seperti ini:

Seperti yang anda lihat pada video ini, apabila LED menyala, LCD dalam Blynk akan paparkan LED ON. Dan apabila LED tidak menyala LCD akan paparkan LED OFF. LED akan berulang on, off dan paparan Hello World akan sentiasa dipaparkan. 

 

Jadi, anda sudah tahu bagaimana LCD dalam aplikasi Blynk ni berfungsi, anda boleh cuba cipta satu projek mudah dengan menggunakan komponen lain untuk paparkan data yang anda inginkan.

 

Jika anda suka dengan perkongsian tutorial dalam blog kami ni, jangan lupa untuk follow Facebook dan Instagram kami, kat situ ada bermacam info dan update terkini yang akan kami kongsikan kepada anda. Itu sahaja untuk tutorial kami. Stay update dan selamat mencuba!

Unsure Whether You Need Our Help?

Have you got an awesome new idea or project that you want to talk about? We're here to talk you through it. Flick us an email or give us a call to get started.